Sunday, May 17, 2009

Tisu kultur pisang

Salam,

Setelah sekian lama berhasrat untuk membuat blog ini, baru hari ini ianya tercapai disebabkan kesibukan urusan perniagaan. Didalam blog ini saya ingin berkongsi banyak perkara berkaitan pertanian dan perniagaan, itu bukan bermaksud saya sudah lama dalam bidang perniagaan. Hanya ingin berkongsi bersama - sama ilmu yang ada.

Saya menjalankan beberapa jenis perniagaan dan diantaranya adalah pembekal benih pisang tisu culture berangan dan beberapa jenis pisang yang lain. Tetapi benih ini akan dibuat based on order dan selepas bayaran pendahuluan dibuat barulah kami akan memulakan proses didalam makmal.

Seperti yang kita sedia maklum, antara kebaikan benih tisu culture ini adalah :
*Benih pisang 100 % bebas dari sebarang penyakit
*Buah pisang akan masak serentak
*Penjagaan yang lebih mudah

Pada zaman pertanian moden ini, dilihat lebih ramai petani dan pekebun bertukar ke arah
sistem yang lebih moden juga kerana ianya lebih mudah dan senang dijaga.Selain itu saya juga ada membuat cili fertigasi dan benih tisu culture orkid.

Saya akan update bolg ni selalu, jika ada sebarang pertanyaan boleh kemukakan pada saya,
insyaallah saya akan jawab segera.